Terms and Condition

Cara-cara tempahan.

LANGKAH 1 – NYATAKAN MAKLUMAT DIRI

Sila serahkan kad perniagaan atau nyatakan maklumat berikut kepada kami:
a) Nama Penuh.
b) Nama Syarikat, Jabatan dan alamat surat menyurat.
c) No. Telefon (& samb.) serta no. telefon bimbit.
d) Maklumat lain yang berkaitan.

LANGKAH 2 – DAPATKAN SEBUTHARGA

a) Semak brosur pakej yang ditawarkan oleh Nur Eco Resort (setiap cawangan Nur Eco Resort menawarkan pakej yang berbeza).
b) Nyatakan keperluan program pelanggan.
c) Lengkapkan BORANG PERINCIAN TEMPAHAN.
d) Dapatkan SEBUTHARGA untuk rujukan tuan.

LANGKAH 3 – SAHKAN TEMPAHAN

a) Lengkapkan BORANG PENGESAHAN TEMPAHAN.
b) Kembalikan SALINAN ASAL borang PENGESAHAN TEMPAHAN kepada kami.
c) Jika menggunakan surat rasmi syarikat, isi kandungannya mesti SERUPA dengan borang PENGESAHAN TEMPAHAN Nur Eco Resort.

LANGKAH 4 – BAYAR DEPOSIT

Bayar deposit 70% daripada jumlah harga dengan secepat mungkin.
Jika program ditangguh atau batal, deposit tidak akan dikembalikan

LANGKAH 5 – LUNASKAN BAYARAN SEBELUM PROGRAM BERMULA

Dapatkan Invois.
Lunaskan semua bayaran 7 hari SEBELUM check-In jika tiada tarikh
lain dinyatakan secara bertulis oleh pihak Nur Eco Resort.

LANGKAH 6 – LAKSANAKAN PROGRAM

Sila nyatakan perincian program ; senarai Nama peseta & Kesihatan, jadual program seperti yg dipersetujui. Jalankan program menggunakan kemudahan yang telah diluluskan di PERINCIAN TEMPAHAN.

Sebarang perbezaan daripada PERINCIAN TEMPAHAN akan dikenakan caj berasingan pada Invois Tambahan.

NOTA PENTING :

NUR ECO RESORT BERHAK MEMILIH TEMPAHAN PELANGGAN YANG TERLEBIH DAHULU MEMATUHI LANGKAH 1 HINGGA 6, JIKA NUR ECO RESORT MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

NUR ECO RESORT BERHAK MENOLAK TEMPAHAN PELANGGAN YANG LEWAT ATAU TERKEMUDIAN ATAU TIDAK MENGESAHKAN TEMPAHAN, TIDAK MEMBAYAR DEPOSIT DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA LANGKAH 1 HINGGA 6 DI ATAS, JIKA NUR ECO RESORT MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

*Syarat-syarat ini sebagai rujukan tempahan. Pihak Nur Eco Resort berhak menukar sebarang syarat yang telah dinyatakan.